Friday, January 16, 2009

ulang tahun kelahiran abah...


hari ni 15 januari 2009 genap umur abah 54 tahun...sekejap jer abah hampir meniti usia bersara kerajaan..Abah...SELAMAT HARI LAHIR...semoga abah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipelihara kesihatan dan sentiasa dirahmati Tuhan...
ABAH kusedari semakin hari semakin x sihat..asal telefon mak, mak kater abah semput2 dah sekrang..dah x kuat macam dulu..kadang2 x pergi keje dah..terbaring tido kat umah..kalau hujan lagiklah..kuat semputnya..batuk2..abah memang ada asma dari dulu...anak-anak ajak gi klinik/hospital langsung x mau...
ABAH, kakak selalu berdoa semoga abah sentiasa berbangga dengan kami 10 adik-beradik ni. dan kami akan pastikan abah berbangga dengan kami ini. bila dikenangkan, byk jasa Abah pd kami..masa kakak sekolah abahlah yg hantar pergi sekolah walau hujan walau panas..kakak duduk kat belakang basikal tua abah sambil abah kayuh dengan segala tenaga yang ada menghantar ke sekolah.walau abah demam atau sakit, abah x pernah miss hantar kakak.walau pun abah tau abah x dapat bentangkan kemewahan kat kakak adik-beradik, abah tetap setia dgn basikal tua abah tu..
ABAH, seburuk-buruk abah, abah tetap abah kami....ABAH TETAP ABAH KAMI...tiada galang gantinya...walau abah dicemuh saudara mahupun orang kampung sebab KITA ORANG MISKIN..
ABAH, kakak terhutang dengan abah sejak kakak lahir hingga kini...abah x jemu2 mencari rezeki utk pastikan kakak n adik2 bersekolah walaupun serba kekurangan.mana mungkin dgn mengharap pada kerja mengambil upah mengait kelapa n membuat kerja-kerja kebun nak menanggung 10 anak?tapi abah tabah....
ABAH, ketahuilah walaupun terkadang kami terkasar pd abah namun sebenarnya jauh di sudut hati kami kesal dan x berniat utk berbuat demikian..kami SAYANG ABAH....MAAFKAN KAMI ABAH...kakak sayang abah..sayang yang amat...demi abah n keluarga kakak belajar sungguh-sungguh..walaupun ralat dulu sebab dapat tawaran ke asrama & UPM, terpaksa ditolak sebab faktor-faktor kewangan keluarga...kakak x marah abah sebab kita miskin..kakak sedar ada ramai lagi adik-adik yg terpaksa ditanggung...takperlah..mungkin takder rezeki..
ABAH, disebabkan cabaran diri, kakak kerja dulu..dapat kumpul duit sikit, kakak terus daftar ke Kolej Inpens, Yayasan Selangor..ambil Diploma IT...alhamdulillah abah merestui tanpa kompromi..
ABAH, kulihat sayu di kala hari pernikahan kakak dulu..tapi abah, percayalah diri ini takkan sekali-kali melupakan abah walau sudah punya keluarga sendiri..
ABAH, jelas keceriaan terpancar di wajah abah setiap kali menyambut kepulangan cucu-cucu tersayang. zuriat dan penyambung keturunan abah..
ABAH, kakak sering terkenang abah di kampung. kakak tak tercapai nak binakan abah mahligai indah, harta segunung utk abah..abah x pernah minta itu semua..abah cuma minta anak-cucu selalu menjenguk abah di kampung..
ABAH, kakak sayang abah..walau pun kekadang x terucap dek kata2, tapi hati ini tetap menyatakan itu..
ABAH, sempena ulang tahun kelahiran abah ini, kakak n family ucapkan selamat ulangtahun, mohon maaf zahir batin dan halalkan makan minum kakak sepanjang kakak dan adik-adik lain dalam kandungan mak lagi..ABAH tetap abah yang satu..

BUAT INSAN YANG BERNAMA RATMONO BIN MOHD. MUSA @ ABAH...2009

No comments:

Post a Comment